Tuesday, July 17, 2012

Duit Raya = Duit Baru RM1, RM5, RM10, RM20 & RM 100 tahun 2012 Bank Negara

Yeaaaa...aku dh tukar duit baru dari Bank Negara bagi tahun 2012....ekceli opis aku yg tuka duit so aku tumpang sekaki la....duit ni tukar sekali utk duit raya...kami tukar duit baru 2012 ni kat maybank greentown ipoh...pegawai maybank pon bgtau stok duit baru 2012 ni adalah utk stok duit raye sekali...so cepat2 la g tukar ye...aku x sure bank mana yg ada duit baru nie...yg pasti sure la bank2 komersial kt malaysia ni mcm maybank, public bank, cimb bank, rhb bank dll bank komersial sure ada...kena la konfem dulu ngan bank2 mana yg ada duit baru ni....duit baru ni ada dlm not rm100, rm20, rm10, rm5 dan rm1....rm50 xde duit baru...yg beshnye duit rm20 dh ada balik....dulu2 mmg penah ada not rm20 nie tp dah stop & now ada balik...jom tgk duit2 baru ni...semua duit2 baru ni dlm bentuk 'kertas' kecuali duit rm1 dlm bentuk 'plastik' mcm duit rm5 dulu tu...
gambar duit baru dari depan rm100, rm20, rm10, rm5 & rm1
gambar duit baru dari belakang rm100, rm20, rm10, rm5 & rm1
rm100 baru...tersenget la pulak...camner nk adjust nieeee....capture dh betoi tp bile uplod senget la pulakkk.
gambar duit rm100 belakang...gamba dejavu gunung kinabalu...(vote for badli ;) )
rm20...kaler oren...aku suke sbb rm20 dh ada balik...chantek kaler dia
duit rm20 dari belakang...gambo penyu berenang-renang...
rm10...pon terbalik gak....iskh iskhhhh
rm10 dari belakang duit...gamba bunga raflesia...nice...i like!
rm5...sila pusingkan kepala anda...
rm5 dari belakang, gambang burung kenyalang...kan?
 
rm1 dari posisi terbalik...
rm1 dari belakang...gamba wau bulan @ wau bule...

Tuesday, July 3, 2012

Had Pelaburan Maksimum ASB Remaja Dinaikkan Kepada 50,000

Bagi semua pemegang unit ASB remaja & juga bakal2 pelabur, adalah dimaklumkan pelaburan had maksimum ASB Remaja telah dinaikkan daripada 10,000 unit kepada 50,000 unit mulai 1 Julai 2012.  Maklumat lanjut adalah seperti berikut.


PERKARA
MAKLUMAT ASB
Kelayakan Melabur
Bumiputera Warganegara Malaysia:

·         Akaun Remaja (kanak-kanak  berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah).

Nota :
Penjaga Berdaftar : Ibu bapa atau penjaga yang sah berumur 18 tahun dan ke atas.
Bentuk Pelaburan
Buku Pelaburan
Pelaburan Permulaan Minimum
10 unit
Pelaburan Maksimum
Akaun Remaja -  50,000 unit
Akaun Dewasa –  200,000 unit (tidak berubah)
Pelaburan Tambahan Minimum
1 unit
Jualan Balik Minimum
1 unit
Jualan Balik Maksimum
·         Pemegang unit remaja (berumur 12 tahun hingga di bawah 18 tahun) bagi Akaun Remaja ASB hanya dibenarkan membuat jualan balik 200 unit sahaja dalam tempoh seminggu.
·         Tiada had jualan balik jika permohonan  dilakukan oleh Penjaga Berdaftar.
·         Perlu mengekalkan baki minimum 10 unit atau kosong.
Kekerapan Jualan Balik
·         Tiada had kekerapan jualan balik jika pengeluaran dilakukan oleh Penjaga Berdaftar bagi Akaun Remaja ASB.
·         Terhad kepada jumlah maksimum 200 unit sahaja dalam tempoh seminggu jika pengeluaran dilakukan oleh pemegang unit remaja (berumur 12 tahun hingga bawah 18 tahun sahaja) bagi Akaun Remaja ASB
Borang Urus Niaga dan Dokumen
·         Borang Pendaftaran Unit Amanah (Akaun Bijak/Remaja) – ASNB P2 MESTI dilengkapkan oleh remaja dan Penjaga Berdaftar.
·         Borang Perlantikan Ejen (SASB 1C) – MESTI dilengkapkan oleh Penjaga Berdaftar.
·         Dokumen Pengenalan Diri Asal dan salinan pemohon (Kanak-kanak/remaja dan Penjaga Berdaftar) :

Makluman:
·         Kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak diwajibkan hadir semasa membuka akaun.
·         Tandatangan dan cap ibu jari kiri di ASNB P2 dikecualikan untuk kanak-kanak dibawah 12 tahun.


Semoga dengan perubahan had pelaburan maksimum akan memberi peluang kepada mereka yang layak untuk menambah pelaburan di asb.